• -

    Megasoft Network Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang melibatkan diri dengan aktif dan produktifnya dalam bidang GIS dan remote sensing aeroangkasa khusus kepada aeronautik di Malaysia.

  • -

    Pakar dalam bidang GIS dan telah melebarkan sayap kepada penggunaan UNMANNED ARIEAL VEHICLE (UAV) pesawat udara tanpa pemandu bagi menyokong keperluan Imej Resolusi Tinggi di Malaysia khususnya dalam bidang pemetaan dan perancangan gunatanah oleh pihak kerajaan dan swasta.

  • -

    Berkecimpung dalam industry UAV sejak tahun 2012 selepas melihat peluang besar yang akan datang bagi menyokong transformasi kerajaan khususnya National Key Economic Area (NKEA) sama ada di peringkat Tempatan (Local), Negeri (State) dan juga Persektuan (Federal).

  • -

    Bekerjama erat dengan UAV Technology Provider dan state holder khususnya Universiti Teknologi Malaysia dan juga Malaysia Centre of Geospatial Infrastructure (MaCGDI), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia khususnya dalam merangka polisi-polisi serta garis panduan bagi memastikan penggunaan teknologi UAV tidak dimanipulasi oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

  • -

    Bercakap tentang teknologi UAV, tentu ramai yang akan mengaitkannya dengan negara maju dan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat yang memanfaatkannya untuk membantu mereka dalam pengintipan dan peperangan.

  • -

    Bagi sebagian besar masyarakat, istilah drone mungkin masih asing kedengaran. Bahkan, banyak juga yang yang menganggap drone tidak lebih dari sebuah mainan yang mampu terbang mengikut ketinggian yang dikehendaki. Padahal drone atau dalam istilah yang lebih rasmi disebut UAV (Unmanned Aerial Vehicle) adalah suatu teknologi baru yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Antaranya adalah:- a. Cerapan Imej Udara Resolusi Tinggi sehingga resolusi 8cm b. Cerapan Video Fotografi secara 360 degree

  • -

    Antara skop-skop perkhidmatan yang boleh menggunakan teknologi UAV yang ditawarkan oleh pihak syarikat kami seperti:- • Pemantauan Pembangunan • Perancangan Guna Kawasan • Penguatkuasaan • Pengurusan Aset • Pemantauan Tanaman dan Ladang

  • -

    Kini , semakin banyak Kementerian dan Jabatan Kerajaan mula mengekspolarasi kepenggunaan teknologi ini di dalam system-sitem pemantauan dan perancangan pembangunan mereka. Ini adalah kerana imej-imej yang dicerap mampu memberikan maklumat yang boleh diguna pakai oleh pihak mereka.

  • -

    Megasoft Network memberi fokus kepala pelaksanaan imej resolusi tinggi yang mana menggabungkan kepakaran penggunaan UAV dan juga kepakaran dalam bindang pengukuran tanah. Kedua-duanya memerlukan teknik yang berbeza dan disatukan bagi mendapatkan nilai ketepatan yang tinggi. Antaranya adalah menetapkan titik kawalan keatas permukaan bumi , Ground Control Point (GCP) yang akan di selaraskan bersama dengan imej-imej yang dihasilkan. Penggunaan perisian seperti eMotion bagi pelaksanaan perancangan penerbangan dan pemprosesan imej yang dihasilkan secara automatik dapat mempercepatkan kaedah penyerahan data yang lebih efisien.